Kekosongan hati mereka adalah kemalasan kita dalam mengisi ruang-ruang yang ada. Siapa berani berkata bahawa dia telah berusaha sehabis daya? Hakikatnya kita lebih mampu daripada itu. Tetapi kelemahan dan kemanjaan kita kadangkala menambat kaki kita di pohon-pohon tamar, ketika pejuang-pejuang lain berlarian ke saff saff di hadapan untuk meraih syahid dan syurga.
Putuskanlah ikatan itu wahat du'at!
Kalian berhak sebuah dipan di syurga andai kalian termasuk orang-orang yang berusaha.
"Seonggok kemanusiaan terkapar,
Siapa yang mengaku bertanggungjawab?,
Bila semua pihak menghindar,
Biarlah saya yang menanggungnya,
Semua atau sebahagiannya..."
(Kh. Rahmat Abdullah)



No comments:
Post a Comment